Berita penahanan Datuk Farid Kamil kerana bertindak di luar kawalan menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai polis cukup hangat diperkatakan sekarang. Tentu sekali, ramai yang ingin tahu komen isterinya, Datin Diana Danielle mengenai isu tersebut.
Walaubagaimanapun, Diana akui terkejut dan sebenarnya tidak tahu Farid ditahan pihak polis sehinggalah dimaklumkan oleh rakan media.
Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media. Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri. Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih.
Difahamkan, aktor itu datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, Farid kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long. Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang awam.