Diana Danielle Tampil Beri Penjelasan Difitnah Halau Pelajar Tahfiz

Hiburan

Diana Danielle Tampil Beri Penjelasan Difitnah Halau Pelajar Tahfiz

Semalam,  ada berita agak tidak sedap didengar dan menjadi viral di Internet dimana seorang pengguna Facebook dengan nama Muazrin Mustapha mendakwa aktres Diana Danielle menghalau pelajar tahfiz yang  mahu mejual barang kepada beliau.

Dek kerana berita itu, ramai yang menghentam sikap isteri Farid Kamil yang agak melampau dan seakan menghina pelajar tahfiz berkenaan.

Advertisement

Enggan namanya terus menjadi buruk, Diana menerusi akaun Instagramnya telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan memberitahu dakwaan Muazrin adalah fitnah belaka. Dalam penjelasan Diana, beliau mengakui tidak membeli barangan yang dijual oleh pelajar tahfiz tersebut tetapi ada menghulurkan sedikit wang kepadanya.

Diana juga meluahkan rasa kecewa dituduh seperti itu tanpa sebarang usul periksa.

Kepada encik Muazrin Mustapha. Awak telah menfitnah saya secara terang terangan. Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dkt dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh.

Masa student tu dtg dkt saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah. Pelajar tu pula reply “terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya.” Dan dia beredar.

Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik “jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?”. Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yg saya perlekehkan dia? Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat status mcm ini lagi.

Dengan memerhati tidak cukup untuk kita menilai seseorang itu. Tak baik kalau fitnah sehingga tahap macam ini. Harap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita itu tampil menjernihkan keadaan.

Sumber Berita : Instagram Diana Danielle

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...