Diana Danielle Tak Akan Cemburu Lagi – Farid Kamil

Hiburan

Diana Danielle Tak Akan Cemburu Lagi – Farid Kamil

Filem terbaru lakonan Farid Kamil dan Maya Karin iaitu Lagenda Budak Setan 3 akan berada di pawagam tidak lama lagi. Kalau sebelum ini Diana Danielle pernah meluahkan rasa cemburunya terhadap Nora Danish yang berlakon bersama suaminya, adakah perkara yang sama akan berulang lagi? Jangan risau kerana kali ini Farid Kamil telah memberi jaminan bahawa isterinya itu tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Maya Karin boleh menarik nafas lega. Hehehe.

farid kamil

Advertisement

Malah menurut Farid Kamil, isterinya juga merupakan salah seorang peminat novel Lagenda Budak Setan. Abang Nara dulu masa muda sampai menangis-nangis baca novel tersebut. Memang power. Tak sabar nak tonton filem ketiga yang merupakan penutup. Kata Farid Kamil:-

Diana memberitahu dia tidak sabar mahu menonton Lagenda Budah Setan 3 dan insya-Allah saya akan membawanya ke tayangan perdana nanti.

Perkara yang lepas tidak akan berulang lagi. Berdasarkan nasihat daripada orang lain, tahun pertama hingga kelima perkahwinan banyak dugaan, namun pengalaman itu membuatkan kami semakin memahami antara satu sama lain.

farid kamil

Biasalah itu untuk seorang isteri cemburu walaupun memang kerjaya suaminya seorang pelakon yang memerlukan Farid Kamil berlakon dengan wanita lain. Kalau tak cemburu maknanya tak sayang. Abang Nara yakin Diana Danielle sudah pandai mengawal tahap kecemburuannya kali ini. Apa pun, jom sama-sama kita pergi tonton filem Lagenda Budak Setan 3 nanti. Confirm leleh air mata punya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...