Diana Danielle Puji Keberanian Janna Nick Kongsi Kisah Kesihatan Mental Kepada Umum

Hiburan

Diana Danielle Puji Keberanian Janna Nick Kongsi Kisah Kesihatan Mental Kepada Umum

Rakan selebriti turut memberi sokongan dan semangat kepada Janna Nick selepas pelakon tersebut berkongsikan di laman Instagram nya bahawa dia menghidap penyakit bipolar.

3 years ago

'I Cut My Own Wrists' - Janna Nick Dedah Hidap Bipolar Disorder, Pernah Cuba Bunuh Diri

Advertisement

Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelakon drama bersiri Marry Me Senorita itu berkata dia kini sedang menjalani rawatan bersama pakar dengan mengambil ubat atas nasihat doktor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann itu juga mendedahkan perkara yang agak mengejutkan orang ramai apabila dia memberitahu dirinya pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali semasa remaja.

Turut memberi semangat, pelakon Diana Danielle memuji keberanian Janna Nick berkongsikan hal yang melibatkan kesihatan mentalnya itu kepada orang ramai.

Menurut Diana, perkara yang dikongsikan oleh pelakon tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berdepan dengan masalah yang sama.

Semua orang ada kisah untuk dikongsikan, perjalanan mereka untuk ditakluki. Kami sayangkan awak dan awak seorang yang kuat untuk dedah serta kongsi perkara ini.

Rakan selebriti yang lain seperti Ramona Zam Zam, Eyka Farhana, Fadlan Azhim, Elizad, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi juga memberi kata-kata semangat kepada Janna Nick.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...