Lama “menghilangkan diri”, pelantikan Instafamous yang pernah mencetuskan kontroversi Marshairah Ismail atau King Coco, sebagai Ketua Srikandi Bersatu bahagian Bagan Serai mengejutkan ramai. Perkara itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen sehingga namanya ‘trending’ di Twitter. Walaupun terdapat pihak yang menyokongnya, namun ada juga yang membantah pelantikan tersebut.
Pelakon Datin Diana Danielle turut meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan pelantikan itu yang dianggap tidak berkualiti. Dia meragui kelayakan King Coco sebagai wakil rakyat.
Apa kelayakan dia?
Diana mempersoal kredibiliti seorang influencer sehingga melayakkannya menjadi wakil rakyat. Adakah dia sedar betapa besar tanggungjawabnya kepada rakyat? Mampukah untuk melaksanakan tugas dengan baik?
Meskipun Diana langsung tidak menyebut siapa indivdu yang dimaksudkan, rata-rata netizen dapat meneka ia luahan tidak puas hati itu ditujukan kepada King Coco.
Kecewa dengan pelantikan tidak berkualiti
Terdahulu, King Coco yang bertanding untuk pemilihan Bahagian 2020/2022 memenangi jawatan tersebut apabila mendapat 62 undi dan menewaskan dua calon lain. Keputusan berkenaan diumumkan pada Ahad lalu.