April 13th, 2009

gambar diana danielle abpbh 2008
Kesiannya dengar cerita si Diana Danielle pengsan semasa malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008(ABPBH 2008). Bayangkan betapa kecohnya bila ada awek secantik Diana Danielle tiba-tiba tergolek di tengah-tengah orang ramai.

Pengsan ketika hendak mengambil makan selepas berakhirnya ABPBH 2008, puncanya dikatakan sebab Diana Danielle tak makan sejak dari pagi. Cuma makan sarapan yang sikit sahaja akibat terlalu sibuk dengan aktiviti temuramah bersama media.

Tapi yang tak sedap telinga mendengar bila ada orang kata yang Diana Danielle saja buat-buat pengsan sebab nak tarik perhatian orang. Mungkin kecewa sebab tak menang Anugerah Artis Baru Wanita Popular, jadi dia cuba mempopularkan diri dengan pengsan di khalayak ramai.

Apa-apa pun lepas ini jagalah pemakanan tue sikit. Makin kurus kami tengok si Diana Danielle nie. Tapi apa-apa pun pakaian dia memang cantik dan menarik di malam ABPBH 2008.


Comments are closed.

Loading...