Susulan berita mendakwa Datuk Farid mengalami kemurungan dan tekanan kerana tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya. Isteri beliau, Datin Diana Danielle tampil menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk menghalang Farid bertemu dengan anak-anak mereka.
Diana meminta bantuan ibunya untuk menjaga dua orang anaknya ketika bekerja dan Farid boleh sahaja bertemu dengan mereka.
Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu. Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu.
Pelbagai kenyataan dan berita mengenai Farid tersebar, lebih menyedihkan Farid berkemungkinan mengalami masalah mental. Itulah orang kata, kadang-kadang disebalik senyum dan tawa tersirat duka yang tidak terkata.