Apabila melihat muka depan Pancaindera semalam, terus hati kami hancur, luluh dan remuk. Diana Danielle akhirnya membuat pengakuan yang sememangnya dia sedang mencintai Farid Kamil. Kecewa diri ku ini. Tapi apa pun kami respek dan tabik kepada Diana Danielle yang selamba aje membuat pengakuan sebegini. Kalau artis lain confirm berdolak dalik lagi. Kononnya taknak populariti menurun.
Ada 3 sebab Diana Danielle memilih Farid Kamil. Sila jadikan ini sebagai rujukan untuk mengorat Diana Danielle sekiranya dia clash dengan Farid Kamil nanti:-
1. Farid Kamil seorang yang bijak
2. Farid Kamil seorang yang sempoi.
3. Farid Kamil seorang yang kuat bekerja dan berdedikasi.
Kami percaya yang sebab ketiga itu adalah sebab paling utama Diana Danielle jatuh cinta dengan Farid Kamil. Bukan apa, ramai kawan perempuan kami yang kata lelaki akan nampak lebih seksi apabila tekun bekerja. Nampak lebih macho dan lebih jantan bila fokus 100% terhadap sesuatu. Kira macam boleh diharap la. Tak gitu?
Apa pun izinkan kami untuk melayan gambar-gambar Diana Danielle dan mengira kepingan hati kami yang hancur berderai selepas mendengar pengakuan ikhlas dari DD ini. Kalau korang nak join layan gambar Diana Danielle, sila baca entri ini sepenuhnya. Dan jangan lupa jadi Fans Diana Danielle di Facebook.
P.S: Inilah yang baru dinamakan cinta sejati.