Written by Bella | March 10th, 2017

Sekitar tahun lalu, pelakon Diana Danielle menerusi akhbar tempatan akui rumah tangga yang dibina bersama Farid Kamil pernah goyah dan mereka hampir bercerai kerana timbulnya beberapa isu.

Ketika itu, ramai juga yang tidak percaya dengan berita berkenaan kerana pasangan ini tampak cukup bahagia. Ia sekaligus menjadi perbualan hangat dikalangan netizen dan mula lah timbul pelbagai spekulasi mengenainya.

Belajar daripada kesilapan lalu selepas dihimpit pelbagai persoalan, Diana memberitahu beliau enggan lagi berkongsi kisah mereka suami isteri kepada umum lagi.

Minta maaf. Saya tidak boleh komen hal peribadi sekarang. Itu bukan masalah peminat untuk tahu. Mereka tidak perlu tahu. Usia perkahwinan kami masih terlalu muda.  Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi.

Perkahwinan adalah ujian batasan anda. Perkahwinan adalah kehidupan yang kita kongsi bersama. Jadi sudah tentu saya hanya sebut secara umum. Saya tidak selesa berkongsi tentang kehidupan peribadi saya. Saya tidak selesa walaupun kami perhatian awam.

Perkahwinan memerlukan kejujuran, kasih sayang, cinta, kepercayaan, tolak ansur serta kesabaran. Tanpa semua itu, bukan mudah sebenarnyua untuk mengekalkan hubungan suami isteri jika satu hari dugaan datang melanda.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Comments are closed.