Pertama sekali, Abang Nara ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Farid Kamil kerana berjaya mencuri hati Diana Danielle. Pastinya ramai jejaka yang lebur dan luluh hati apabila Farid mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Diana Danielle semalam.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Diana Danielle menamatkan zaman gadisnya. Untuk makluman, mereka berdua akan dinikahkan di Hotel Flamingo pada 3 November dan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada 21 November. Majlis sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada bulan Disember.
Kepada Diana Danielle dan Farid Kamil, semoga persiapan perkahwinan anda berdua berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya untuk melihat Diana Danielle dalam pakaian pengantin. Pasti bombastik. Lagi 11 gambar Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit gambar kepada MIG Online dan BuahMulut.
nurulnadia
November 2, 2012 at 4:59 pm
cantik lh kak diana ni
Siti's fan
October 19, 2012 at 8:10 am
Love Diana Danielle! Gorgeousityyy!!!
Tak menunjuk, simple, cantik, sopan… Wow…
Leo
October 18, 2012 at 11:17 pm
Suke mereke berdua ni sebab:-
bercinta – mengaku & tak menunjuk2
bertunang – tak melebih2,
Jadi mereka lebih sweet dari pasangan lain.
saripdol
October 18, 2012 at 1:49 pm
so sweet…(tangan didada mata keatas) :p
emma
October 17, 2012 at 8:33 pm
hehehehe ingatkan aku shj yg geram dgn iklan mig ni.. rupanya ada gak yg lain..