Diana Danielle Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Kru Produksi – “Jangan Sentuh Saya!”

Hiburan

Diana Danielle Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Kru Produksi – “Jangan Sentuh Saya!”

Siapa sangka, Diana Danielle pernah melalui pengalaman hitam apabila berdepan dengan gangguan seksual daripada kru produksi semasa  remaja.

Insiden itu diceritakan oleh Diana ketika audio siar ‘Berani Bicara: Jangan Sentuh Saya anjuran Children Protection Society’ baru-baru ini.

Advertisement

Ceritanya, hal tak diduga tersebut berlaku ketika salah seorang kru produksi tersebut ingin menghantarnya pulang ke rumah.

Waktu saya umur 15, 16 tahun, ibu saya ibu tunggal jadi dia tak dapat ambil saya balik atau teman saya di set sepanjang masa.

Pada suatu ketika, terdapat seorang kru produksi lelaki yang menawarkan untuk menghantarnya pulang ke rumah. Sesampai sahaj di kediaman, lelaki itu memintanya jangan turun dahulu kerana dia ingin bersembang.

Tiba-tiba dia pegang paha saya. Saya pernah jadi mangsa (gangguan seksual) sebelum ini, jadi saya terus cakap ‘jangan sentuh saya’. Kalau nak cakap dengan saya, jangan sentuh. Kita perlu ada ketegasan.

Kongsi Diana, walaupun keadaan ketika itu menakutkan kerana berada dalam ruang yang terkurung, namun ketegasan amat penting agar lelaki terbabit tidak terus mengambil kesempatan.

Malah, pengalamannya sebelum ini yang juga pernah berdepan dengan situasi yang sama menjadikan dirinya lebih berani untuk berhadapan dengan lelaki tersebut.

Tapi saya terus marah, jadi dia faham dia tak boleh buat lebih. Saya sangat bangga dengan diri saya.

Semasa di awal siaran audio siar yang sama, Diana Danielle turut sempat berkongsi mengenai kejadian dia pernah diganggu oleh rakan ayah tirinya semasa kecil lantas dia mula berjaga-jaga sejak kejadian itu. Menurutnya lagi, ibunya sendiri juga tidak pernah mengetahui mengenai kejadian berkenaan.

Diana danielle dirangkul pelakon lelaki
2025-08-06 16:12:15

"Soft Launch Ke Ni?" - Diana Danielle & Fazziq Muqris Bercinta? Gambar Mesra Rangkul Pinggang Buat Netizen Tak Keruan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...