Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil

Hiburan

Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil

Agak pelik juga apabila Diana Danielle yang telah lama berkecimpung dalam industri hiburan secara tiba-tiba melahirkan rasa cemburu sebegini. Untuk makluman, filem lakonan Nora Danish dan Farid Kamil iaitu Pengantin Malam kini sedang ditayangkan di pawagam dan sebagai cara promosi, Nora telah berkongsi gambarnya memegang tangan Farid Kamil baru-baru ini. Susulan itu, Diana Danielle meluahkan rasa cemburunya.

diana danielle cemburu

Advertisement

Abang Nara memahami hati seorang isteri seperti Diana Danielle yang pastinya cemburu melihat kemesraan suami dengan wanita lain. Lebih-lebih lagi jika wanita itu ialah Nora Danish. Menariknya luahan hati Diana Danielle ini mendapat hentaman daripada kebanyakan peminat. Ramai yang kecewa kerana Diana Danielle tidak profesional. Malah ada yang membandingkan dengan pasangan pelakon suami isteri lain yang tidak pernah bersikap sebegini.

diana danielle cemburu

Bagi Abang Nara senang je, kalau dah terjun dalam industri hiburan inilah perkara yang harus ditempuhi. Mungkin lepas ini Farid Kamil akan lebih berhati-hati apabila bergambar dengan pelakon perempuan lain. Dah tau wife cemburu, janganlah buat lagi. Kepada Diana Danielle, harap bersabar. Kepada Nora Danish, ini bukan salah anda. Jadi jangan stress ye.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...