“Diana Ada Hak..” – Isteri Bayar Sewa, Farid Kamil Tak Dibenarkan Masuk Rumah Dan Bertemu Anak

Hiburan

“Diana Ada Hak..” – Isteri Bayar Sewa, Farid Kamil Tak Dibenarkan Masuk Rumah Dan Bertemu Anak

Semalam, industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita mengenai pelakon jelita, Diana Dianelle yang telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Difahamkan, Farid juga tidak dibenarkan untuk bertemu anak dan dihalang memasuki rumah kelamin sejak awal Mac.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir namun tidak mendedahkan secara lanjut tentang sebab sebenar tindakan itu dilakukan.

Rumah itu disewakan oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut.

Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah (memfailkan perceraian).

Semalam, Farid yang turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya dan telah diarahkan untuk melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Diana dalam permohonannya telah memberi sebab tiada persefahaman selain perbalahan berpanjangan (shiqaq) selain tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri.

Diana Dianelle dan Farid Kamil telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad,10, dan Aurora yang kini berusia 8 tahun.

farid kamil cerai
2 years ago

"Saya Masih Sayang Diana, Tanya Diana Apa Masalah Dia" - Farid Kamil Bersuara Isu Rumah Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...