Diam Meskipun Difitnah, Video Lama Que Haidar Kembali Viral – “Dulu Kena Arah ‘Take Down’ Semua..”

Hiburan

Diam Meskipun Difitnah, Video Lama Que Haidar Kembali Viral – “Dulu Kena Arah ‘Take Down’ Semua..”

Pelakon Que Haidar terus menjadi perhatian ramai walaupun memilih untuk berdiam diri daripada memberi sebarang penjelasan terbuka mengenai isu yang melibatkan dirinya yang tular di media sosial.

Menerusi satu perkongsian, seorang individu menjelaskan bahawa pendekatan tersebut diambil bagi mengelakkan sebarang aib serta memilih untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Advertisement

que haidar

“Aku ambik sikap tenang untuk tak nak ada aib atau sebagainya. Aku nak rileks dengan hidup aku. Soal ni aku serahkan pada Tuhan” – @the_haidars

Walaupun tidak bersuara, pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia dan wakil dari Gaza tampil memberikan sokongan serta berkongsi kebaikan yang pernah dilakukannya.

Situasi ini turut menyaksikan ramai tampil ‘membela’ dirinya, malah ada yang berpendapat reputasinya kini semakin dipandang tinggi susulan pendedahan kisah-kisah baik tersebut.

Dalam masa sama, video lama ketika beliau menunaikan umrah kembali tular di media sosial. Lebih menyentuh hati, kandungan tersebut sebelum ini pernah diarahkan untuk diturunkan, namun kini kembali dikongsi secara meluas oleh orang ramai.

Perkongsian semula video berkenaan mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen, sekali gus mencerminkan bagaimana persepsi awam boleh berubah seiring dengan masa dan situasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

que haidar
2026-04-06 12:00:28

"Kami Sekeluarga Layan Linda Jasmine Baik, Tak Sangka Difitnah Sebegini" - Adik Que Haidar Luah Perasaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...