Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Diam Lebih Baik, Tak Nak Buka Aib Sesiapa – Amar Asyraf

skandal amar asyraf

Kemelut rumah tangga pelakon Amar Asyraf semakin berpanjangan apabila baru-baru ini, isteri keduanya, Vivi Jeffry tampil menuntut suaminya agar bertanggungjawab terhadap perkahwinan mereka. Semuanya demi masa depan anak mereka yang memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa.

amar asyrafBagaimanapun, Amar bertindak mengunci mulut mengenai segala kontroversi yang tercetus. Lebih baik berdiam diri daripada mengeruhkan lagi keadaan dan dia juga enggan membuka aib sesiapa.

Advertisement

Saya memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan bagi menjawab luahan yang dibuat Vivi dan Ellika. Sebagai manusia, saya banyak belajar daripada kesilapan dan biarlah masa menentukan segala-galanya.

Saya juga tidak mahu membuka aib sesiapa dengan memberikan kenyataan balas. Buat masa ini, saya tidak bersedia memberi komen lanjut dan berharap, semua pihak menghormati pendirian saya.

Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini dan selebihnya, memadai hanya isteri dan keluarga yang tahu. Tidak perlu saya jelaskan kepada umum kerana bimbang ia memberi kesan pada hubungan baik saya dan keluarga

Terdahulu, kecoh apabila seorang wanita, Ellika Azman mendakwa dia kekasih gelap Amar dan mereka menjalin hubungan cinta sejak setahun yang lalu sehingga merancang untuk berkahwin. Malah, wanita itu turut mendedahkan Amar sebenarnnya sudah mempunyai dua orang isteri. Tidak lama selepas itu, isteri kedua Amar tampil membuka mulut dan mengakui mereka sudah pun mendirikan rumah tagga beberapa tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. Tudung saji

    October 25, 2019 at 3:01 am

    IKR.. Bila dah berslh.. Mulalh tu nak jd victim keadaan.. Nnti last2 konon depressed.. Minta simpati..emmm..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama