“Diam, Jika Teruskan, AIDS” – Rafizi Dedah Mesej Ugutan, Percaya Cubaan ‘Tutup Mulut’ Satu Skandal

Berita

“Diam, Jika Teruskan, AIDS” – Rafizi Dedah Mesej Ugutan, Percaya Cubaan ‘Tutup Mulut’ Satu Skandal

Melalui laporan Berita Harian, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan mesej ugutan yang diterima oleh isterinya selepas insiden melibatkan anak lelaki berumur 12 tahun diserang, semalam.

Diam, jika teruskan, AIDS

Dalam mesej ugutan yang diterima pada jam 1.45 tengah hari semalam, pihak yang menghantar mesej itu mengugut anak mereka dengan jangkitan AIDS.

Advertisement

Mesej itu berbunyi ‘diam, jika teruskan, AIDS’ berserta dengan emoji picagari.

rafizi ramli

Sementara itu, ahli Parlimen Pandan itu percaya ugutan yang diterima ini merupakan cubaan untuk ‘menutup mulut’ mengenai satu skandal.

“Mereka tahu saya akan siasat lebih dalam..”

Bagaimanapun, Rafizi enggan mendedahkan secara terperinci apakah ‘skandal’ yang diketahui, namun maklumat tersebut diterima hasil daripada perjumpaan dengan sekumpulan pemberi maklumat, Rabu minggu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rafizi Ramli (@rafiziramli)

Memang ada satu kumpulan ‘whistleblower’ datang pada saya Rabu minggu lepas mengenai satu skandal berkaitan wang. Pihak terbabit tahu kalau saya sudah mula lihat satu skandal, saya akan ‘go deep’ (siasat lebih mendalam). Pada saya, mereka nak saya ‘move on’ dan tidak meneruskannya.

rafizi ramli
2025-08-14 08:11:46

"Anak Saya Diheret, Dicucuk Dengan Jarum Suntikan" - Rafizi Ramli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...