Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump difahamkan telah menyiarkan rakaman temu bual penuh sebelum tarikh tayangannya berlangsung.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian umum adalah apabila beliau dilihat secara tiba-tiba meninggalkan sesi rakaman itu ketika sedang ditemu bual oleh wartawan, Lesley Stahl.
Hal ini demikian kerana, pada awalnya belia dikatakan bersedia untuk diajukan sebarang soalan dalam temu bual dengan CBS News 60 Minutes yang dikendalikan oleh wanita terbabit.
Namun demikian, di penghujung temu bual selama 37 minit yang merangkumi isu koronavirus (Covid-19) sehingga keadaan ekonomi AS, Trump dilihat tampil menegur Stahl tentang soalan pembukaannya dan berkata “Itu bukan caranya untuk bercakap.”
Sejurus selepas itu, penerbitnya memaklumkan Naib Presiden, Mike Pence akan tiba untuk menyertai temu bual itu lebih kurang dari lima minit.
Namun segalanya berubah selepas Trump bertindak mengakhiri wawancara tersebut tanpa menunggu Pence bertandang dalam temu bual itu.
“Baiklah, saya rasa kita sudah cukup dengan temu bual ini. Ok, sudah cukup, Mari kita pergi,”
Menjengah ke halaman Facebook miliknya, Trump dikatakan menyiarkan segmen penuh temu bual itu dan menulis ungkapan seakan pihak CBS seperti berat sebelah.
“Lihatlah berat sebelah, kebencian dan kebiadaban di pihak 60 Minutes dan CBS.”
Akan tetapi, situasi itu dilihat berlaku sama seperti kejadian yang menimpa bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Sri’ Najib Razak yang bertindak meninggalkan sebuah temu bual sebaik sahaja diajukan soalan yang agak sensitif kepadanya.
Untuk rekod, CBS News mendakwa Trump melanggar perjanjian apabila Rumah Putih difahamkan telah mengeluarkan rakaman itu tiga hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya.
Sumber: CBS, Malaysian Insight, Bernama, 60 Minutes