Diajak Jadi Skandal, Zarina Anjoulie Diganggu Terus Menerus Oleh Lelaki Gatal

Hiburan

Diajak Jadi Skandal, Zarina Anjoulie Diganggu Terus Menerus Oleh Lelaki Gatal

Pelakon dan juga personaliti media sosial, Zarina Anjoulie yang dihimpit kontroversi mengenai isu penceraian bersama bekas suaminya mendakwa dia sering diganggu lelaki gatal yang mengajaknya untuk menjadi perempuan simpanan.

Perkara tersebut didedahkan Zarina menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya semalam.

Advertisement

Pinta Zarina, dia memohon agar lelaki-lelaki ‘hidung belang’ ini berhenti menghantar mesej mengajaknya untuk menjadi skandal atau perempuan simpanan.

“Tolong jangan DM (Direct Message) aku nak ajak skandal. Skandal tu apa? Skandal nak, duit tak kasi. Skandal ni aku taknak ya, kalau nak, kahwin terus cara halal. Ingat orang apa, anak patung? Lepas tu kalau taknak, ugut-ugut.”

Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju ini juga mendedahkan bahawa ada juga individu tidak dikenali cuba untuk menjadikannya sebagai ‘sugar mummy’.

“Ada beberapa budak muda mesej Instagram Anju dengan harapan nak aku jadi sugar mummy? Like seriously? Hantar gambar, nak kenal la nak gatal la. Hello mak bapak korang mana? Suru diorang tanggung kau ye dik..” ujarnya panjang lebar dalam video tersebut.

Jelas Anju, dia sama sekali tidak memahami dengan budak-budak zaman sekarang yang malas bekerja sebaliknya lebih memilih untuk mencari jalan mudah.

Terdahulu, Zarina dan bekas suaminya, Eilyas yang bernikah pada 17 Julai 2020 yang lalu bercerai kali kedua pada 3 Mei yang lalu.

Tempoh hari, kecoh di media sosial apabila kedua-duanya bertikam lidah di media sosial mengenai kes-kes yang pernah terjadi sepanjang tempoh perkahwinan mereka sebelum ini sehingga membabitkan pihak polis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...