Tersebar di laman sosial baru-baru ini yang dikatakan pemilik sebuah kereta mewah jenis Nissan GTR Skyline dipercayai telah memancitkan tayar sebuah kereta jenis Produa Kancil gara-gara masalah parkir.
Gambar tersebut telah dimuatnaik ke Facebook oleh pemilik kereta Kancil berkenaan bernama Mohd Fadzli bersama kapsyen berbunyi “Si satu sifat manusia tidak bermoral…salah sendiri pancit.kan keta aku…jgn ingat bila pakai keta besar boleh buat sesuka hati…pnt aku nk bwk anak2..tlg viral kan sifat kurang akal pemilik kereta merah ni”.
Selain itu terdapat nota yang ditinggalkan tertulis “W****S Do This!!”
Pada pendapat admin sendiri, ada dua teori kejadian ini, pertama, kalau diperhatikan betul-betul, kereta milik Fadzli diparking elok dan tidak menggangu sesiapa kerana berada dalam kawasan kotak kuning parking. Mungkin kerana tidak berpuas hati pemilik kereta GTR berkenaan telah memancitkan tayar kereta Fadzli kerana menyebabkan ruang untuk parkir keretanya sempit.
Nota mungkin ditinggalkan oleh pemilik GTR berkenaan ataupun saksi yang nampak kejadian itu dan memaklumkan siapakah sebenarnya pelaku yang membocorkan tayar kereta Fadzli.
Yang kedua, mungkin ini adalah kerja khianat orang lain tetapi kertas ditulis untuk menyalahkan pemilik kereta GTR berkenaan ini kerana kejadian membocorkan tayar seumpama ini sering terjadi.
Apapun kita pembaca jangan cepat melatah kerana kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi sehingga rakaman kamera litar tertutup didedahkan. Jika terbukti pemilik GTR itu salah, ambillah tindakan yang sewajarnya dan bukan dibiarkan macam tu sahaja.