“Dia Yang Bagi Kekuatan..” – Puteri Sarah Dengar Nasihat Yusof Haslam Larang Duduk Rumah Menangis & Banyakkan Bekerja

Hiburan

“Dia Yang Bagi Kekuatan..” – Puteri Sarah Dengar Nasihat Yusof Haslam Larang Duduk Rumah Menangis & Banyakkan Bekerja

Setelah sekian lama memendam masalah seorang diri, pelakon Puteri Sarah memberanikan diri untuk mengambil tindakan terhadap ‘penyondol’ iaitu Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga bersama Syamsul Yusof serta ketenteramannya.

Puteri Sarah sendiri tidak menidakkan bahawa dia memilih untuk perbanyakkan kerja kerana ingin melarikan diri dari terus menerus memikirkan masalah rumah tangganya.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam turut menasihati serta melarang Sarah dari sentiasa duduk di rumah dan meratap atas apa yang telah berlaku.

Macam mana saya ada kekuatan untuk bekerja adalah datang daripada bapa mentua saya. Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati.

Pelakon tersebut mendedahkan perkara ini semasa majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, Isnin lalu.

Apabila ditanyakan soalan sama ada anak-anak tahu ataupun tidak dengan situasi sekarang ini, pelakon tersebut mengambil jalan untuk merahsiakannya.

Tambahannya lagi, dia sememangnya berasa sebak apabila melihat kedua-dua mentua tampil kehadapan untuk bersuara berkenaan kemelut rumah tangga yang sedang ‘panas’ ketika itu dan rasa amat disayangi oleh mereka.

Sekadar info, rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mula goyah apabila munculnya orang ketiga iaitu Ira Kazar hingga membuatkan pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Datuk Yusof Haslam enggan jawab isu anak curang
2 years ago

"Harap Tak Betul.." - Minta Puteri Sarah Pertahankan Rumah Tangga, Yusof Haslam Tak Dapat Tahan Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...