Sedia maklum, wanita berasal dari Indonesia iaitu Mondy kini menjadi perhatian netizen di Malaysia selepas dirinya mendakwa pendakwah bebas, Ebit Lew jahat serta kotor.
Terbaru, di laman Twitter, tular keratan video Mondy sewaktu hadir ke podcast penyanyi rap, Caprice mendedahkan bahawa dia dipaksa berlakon solat serta mengaji demi konten.
Aku dah cakap tak nak tapi dia kata sekejap je..
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 14, 2023
Dalam pada masa yang sama, wanita terbabit turut memberitahu bahawa pendakwa sensasi itu sering mengusap tangannya jika duduk bersebelahan.
Bahkan, Ebit dikatakan akan letak beg dihadapan mereka agar kelakuan ‘jijiknya’ itu tidak kantoi.
Sekadar info, Mondy merupakan wanita didakwa gelandangan yang dibantu oleh Ebit Lew dan kehadirannya juga sering dipertikai ramai, sebelum ini.