Selebriti, Rafidah Ibrahim ada memuat naik satu video di platform media sosial bersuara tentang tuntutan saman yang dikaitkan dengan dirinya susulan isu rumah di Kampung Baru.
Buat rayuan di saat akhir, tak takut disaman walaupun berjuta ringgit
Kata Rafidah, tuntutan tersebut belum mempunyai keputusan muktamad kerana dia telah pun membuat rayuan di saat akhir dan menegaskan bahawa dirinya sama sekali tidak gentar dengan tuntutan saman itu, malah akan berjuang habis-habisan.
Dia tuntut 10 juta pun kami tak kesah.. InsyaAllah jika kami menang nanti silap-silap pemaju kena saman balik… Ahaks.
Dalam pada masa yang sama, Rafidah turut mendedahkan tindakan rayuan dibuat dua jam sebelum tarikh akhir kerana mahu melihatkan siapakah individu yang akan ‘mengambil peluang’ menyebarkan berita palsu tentang dirinya.
View this post on Instagram
“Jangan haraplah nak ambil tanah Melayu dekat Malaysia!”
Lantang bersuara, pelakon itu sempat menyasarkan kata-katanya kepada pihak pemaju dari Singapura yang didakwa cuba mengambil tanah Melayu di Malaysia.
Kepada pemaju Cina daripada Singapura, InsyaAllah selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan tanah Melayu habis-habisan. Jangan haraplah nak ambil tanah Melayu dekat Malaysia.
Tambahannya lagi, pihak Peguam Negara juga gagal membatalkan writ saman yang dihantar ke pejabat tanah dan disebabkan itu, ia memberi peluang yang besar untuk dirinya terus memperjuangkan isu ini di mahkamah.