Baru-baru ini seorang lelaki dari Korea Selatan tular di laman sosial apabila video dia memukul isterinya dari Vietnam mendapat perhatian dari seluruh dunia. Video yang tular itu dirakam secara rahsia oleh isterinya menggunakan telefon yang disembunyi dalam beg lampin anaknya.
Suspek yang dikenali sebagai Kim telah memukul isterinya selama tiga jam di kediaman mereka di Yeongam, South Jeolla Province sambil disaksikan anak mereka yang berusia 2 tahun.
Video mengenai insiden itu disebarkan oleh rakan mangsa pada hari Sabtu lalu yang menunjukkan Kim menampar muka mangsa dan memukulnya di kepala dan badan berkali-kali. Anak mereka yang berada di situ menjerit menangis melihat ibunya dipukul.

Kredit: Asiaone
“Perkara ni mula membebankan fikiran saya kerana saya dan isteri berkomunikasi berlainan bahasa dan kami mempunyai fikiran yang berbeza. Tapi saya percaya semua lelaki sama saja.”
Puncanya hanya kerana isterinya tidak fasih berbahasa Korea dan sering memasak makanan Vietnam di rumah dan bukannya makanan Korea.
Mangsa yang patah tulang rusuk itu kini mendapat rawatan di hospital dan mungkin mengambil masa empat minggu untuk sembuh. Sementara suspek telah ditahan oleh pihak polis.
Keganasan rumahtangga di Korea Selatan

Walaupun kes isteri luar negara yang mengalami keganasan rumah tangga ini tinggi tetapi tidak ramai yang melaporkan pada pihak berkuasa.
Di dalam kes yang lebih teruk, suami dan keluarga akan menghalang isteri mereka untuk mendapatkan visa dan hak warganegara di sana. Ini akan menyukarkan mereka untuk membuat laporan polis sekiranya berlaku keganasan rumah tangga.
Di Korea Selatan, masalah keganasan rumahtangga cenderung untuk dilihat sebagai ‘masalah keluarga’ sahaja. Daripada kes yang dilaporkan untuk tempoh lima tahun yang lalu, hanya 13% sahaja yang ditahan.
Lelaki di Korea Selatan tertarik dengan wanita Vietnam yang dikatakan dibesarkan dengan tradisi “Confucian values” yang menekankan kepentingan berkelakuan baik, ketaatan dan kesetiaan mengikut hierarki.