“Dia Tiada Telefon Untuk Dihubungi” – Akhirnya Bapa Datang Jumpa Anak Di Tahfiz

Kehidupan

“Dia Tiada Telefon Untuk Dihubungi” – Akhirnya Bapa Datang Jumpa Anak Di Tahfiz

Tular sebelum ini mengenai kisah seorang pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma, Kota Bharu yang dirakam termenung kerana menantikan kehadiran keluarga untuk dibawa pulang sempena cuti sekolah baru-baru ini.

pelajar tahfiz
10 months ago

“Dia Bukan Anak Yatim Piatu, Tapi...” - Semua Rakan Dah Pulang, Foto Pelajar Tahfiz Termenung Tunggu Dijemput Undang Sebak

Advertisement

Foto itu kemudiannya menjadi tular dan menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berasa sedih dan kasihan mengenangkan nasib pelajar berkenaan.

Si bapa sudah datang melawat

Terkini, bapa kepada pelajar tersebut dilaporkan sudah memunculkan diri dan melawat anak lelakinya di pusat pengajian tersebut.

Perkara itu disahkan pengasas Maahad Tahfiz, Mohd Romuza yang memaklumkan lelaki berusia 49 tahun itu difahamkan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menumpang di rumah orang dan surau.

Dia datang lebih kurang dalam pukul 10 malam untuk melawat anaknya setelah diberitahu oleh orang kampung tentang keadaan anaknya di tahfiz itu. Selain tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan adakalanya hanya menumpang di rumah orang dan surau.

Lelaki tersebut juga tidak mempunyai telefon untuk dihubungi.Dia hanya tahu tentang keadaan anaknya itu selepas disuruh oleh kawan-kawan supaya datang melawat.

Jangan terus ‘menghilang’

Ujar Romuza lagi, pihak pengurusan tidak kisah jika anak berkenaan tidak pulang ke rumah apabila tibanya cuti sekolah namun berharap ibu bapa tidak ‘menghilang’ dan sentiasa berkomunikasi dengan pihak tahfiz.

pelajar tahfizSumber : Kosmo  

Saya tak kisah soal ketiadaan tempat tinggal bapanya, namun saya harap dia datang menjenguk anaknya setiap kali diminta untuk datang, tapi dia hanya diam.

Si bapa juga memaklumkan berjanji untuk membawa pulang anaknya pada cuti persekolahan yang akan datang namun tidak buat masa sekarang kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Pelajar berkenaan juga dilaporkan lebih ceria dan gembira selepas pertemuan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...