“Dia Tiada Niat Membunuh” – 16 Kali Ditikam Kekasih, Gadis Tetap Maafkan Dan Rancang Berkahwin

Dunia

“Dia Tiada Niat Membunuh” – 16 Kali Ditikam Kekasih, Gadis Tetap Maafkan Dan Rancang Berkahwin

Sebelum ini, berita mengenai seorang wanita berasal dari negara Indonesia ditikam oleh kekasih sebanyak 16 kali tular di serata platform.

Terkini, wanita tersebut membuat pengumuman mengejut bahawa dirinya bakal bernikah dengan lelaki tersebut.

Advertisement

Gadis yang bernama Eka Wahyu Lestari, 23, berkata dia sudah pun berdamai dengan kekasih hati, Fika Andrean Banjarnahor selepas insiden ditikam.

kahwin dengan kekasih tikam 16 kali

Saya juga dalam proses menarik balik laporan polis supaya dia dibebaskan kerana kami merancang bernikah.

Dalam pada masa yang sama, Eka turut menegaskan bahawa kekasih tidak mempunyai sebarang niat membunuh meskipun sudah menjadi mangsa 16 kali tikaman.

Tambahannya lagi, normal untuk pasangan kekasih bergaduh dan bertengkar tetapi mungkin ketika itu keadaan tidak terkawal hingga ada yang tercedera.

Sekadar info, Eka sebelum ini dilaporkan kena tikam sebanyak 16 kali di sekitar perut dan tangan oleh kekasih ketika bergaduh di dalam kereta.

1 year ago

Tak Puas Hati Minta 'Getback' Tapi Ditolak, Lelaki Sanggup Tikam Bekas Tunang Sampai Mati 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...