Perkongsian terbaharu pelakon popular Uqasha Senrose di Instagram mencuri perhatian ramai apabila dia menulis kapsyen menyentuh hati mengenai ketabahan dan kesetiaan seorang wanita dalam perhubungan.
Dalam hantaran tersebut, Uqasha, 34, menggambarkan bagaimana seorang wanita tetap setia meskipun sering terluka, menegaskan bahawa kesetiaan itu hadir bukan kerana kebergantungan terhadap pasangan, tetapi kerana kekuatan jiwanya sendiri.
Dia setia kerana itu memang sudah ada dalam dirinya, bukan kerana dia memerlukan kamu. Dia tetap setia walaupun hatinya terluka.
Dia tetap hadir walaupun kamu tidak muncul. Dia terus memilih kamu, walaupun kamu beri alasan untuk dia tidak berbuat begitu.
Bukan kerana dia lemah, tetapi kerana dia berjiwa luar biasa.
Tambah pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu lagi, kesetiaan seorang wanita bukan bermaksud dia tidak boleh hidup tanpa pasangan, sebaliknya ia mencerminkan ketulusan hatinya.
Kesetiaannya bukan untuk kamu semata-mata, tetapi cerminan hatinya yang tulus.
Namun, jangan sesekali kelirukan kesetiaannya dengan kebergantungan. Dia mampu hidup tanpa kamu, cuma dia terlalu percaya pada kamu.
Menurut Uqasha, walau sehebat mana kesetiaan seorang wanita, perasaan itu juga boleh pudar apabila cinta tidak lagi dihargai.
Perkongsian itu sekali lagi mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, apatah lagi selepas timbul dakwaan bahawa Uqasha dan suaminya, pelakon Kamal Adli, tidak lagi saling mengikuti di Instagram.
Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.