“Dia Tetap Akan Menjadi Menantu Kesayangan Kami” – Yusof Haslam Hormat Keputusan Syamsul & Puteri Sarah

Trending

“Dia Tetap Akan Menjadi Menantu Kesayangan Kami” – Yusof Haslam Hormat Keputusan Syamsul & Puteri Sarah

Semalam, Syamsul Yusof bersetuju untuk menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana dan mengakhirkan rumah tangga dibina selama 10 tahun secara aman.

Mahkamah menetapkan tarikh 18 April akan datan untuk lafaz talak oleh Syamsul terhadap Puteri Sarah dan terma penyelesaian juga akan dimaklumkan pada hari yang sama.

Advertisement

2 years ago

"Saya Tak Berdendam Atau Bermusuh Dengan Syamsul. Apa Yang Penting..." - Puteri Sarah

Dalam pada itu, Datuk Yusof Haslam berkata dia dan isteri reda dengan keputusan untuk berpisah yang dibuat anak serta menantunya itu.

Kata penerbit berusia 69 tahun itu dan isteri, Datin Patimah Ismail tidak henti berdoa agar konflik antara keduanya capai perdamaian demi anak-anak.

Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.”

Yusof juga berharap hubungan di antara Syamsul dan Sarah tidak akan terus keruh meskipun akan bergelar bekas isteri nanti.

Sementara itu, dia dan isteri tidak akan hadir ke mahkamah bagi prosiding lafaz cerai anak serta menantu pada 18 April nanti.

Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...