“Dia Terlalu Baik Sampai Terhutang Budi, Keluarga Suka Bila Jumpa” – Guna 5 Nama Berbeza, Lelaki Tipu Ramai Wanita Dengan Kisah Sedih

Kehidupan

“Dia Terlalu Baik Sampai Terhutang Budi, Keluarga Suka Bila Jumpa” – Guna 5 Nama Berbeza, Lelaki Tipu Ramai Wanita Dengan Kisah Sedih

Boleh dikatakan zaman sekarang ini kes rakyat ditipu oleh scammer memang banyak. Selalunya yang tertipu dengan pujukan scammer ini adalah di kalangan wanita, lagi-lagi jika menggunakan aplikasi dating.

‘Scam’ ramai wanita guna cerita sedih

Terbaru, seorang wanita mendedahkan penipuan individu ini yang telah menipu ramai wanita dengan menggunakan nama-nama yang berbeza iaitu Brian Wee Beng Swee, Martin Wee, David Tan, David Ong, David Martin.

Advertisement

Antara tipu helah untuk ‘memancing’ wanita adalah dengan menjaja cerita sedih dirinya ditipu hingga kehilangan banyak wang, dicurangi bekas kekasih, teman wanita hidap kanser dan antara penipuan yang sering digunakan adalah bertapa setia dirinya terhadap bekas kekasih.

scammer tipu ramai wanita

 

Bahkan, akan sambung dengan penipuan dia ditipu dengan rakan kongsi di Sarawak dan hampir mengambil nyawa sendiri kerana terlalu tertekan.

Wanita ‘termakan’ pujukan

Disebabkan kisah-kisah yang dikongsikan, ramai wanita rasa simpati atas segala yang dilalui oleh individu tersebut.

Lagi meyakinkan wanita-wanita terbabit kerana lelaki itu ‘sangat baik’ hinggakan keluarga juga menyukai dengan sikapnya.

mesej lelaki scam wanita

 

 

Selalu nak jumpa keluarga walaupun baru kenal supaya boleh tipu dua-dua pihak iaitu wanita yang tertipu dan juga keluarga wanita tersebut.

‘Potray’ diri sebagai orang yang merendah diri

Dalam pada masa yang sama, individu itu turut sering menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat merendah diri dan ‘mudah’ kerana sering menaiki public transport tetapi semakin lama akan meminjam kereta wanita yang sedang dikenali.

scammer tipu ramai wanita

 

Hubungan yang terjalin akan mula ‘senyap’ apabila lelaki itu sering beri pelbagai alasan jika mahu berjumpa antaranya perlu ke luar negara atas urusan kerja, bekas rakan kerja sakit kritikal, dirinya sakit tenat dan selepas itu hilang selamanya.

watie
10 months ago

"Nampak Sangat Saya Cepat Terpedaya.." - Sudah Dua Kali Di 'Scam', Watie Hanifiah Hilang Lebih RM100K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...