Hantaran dikongsikan pempengaruh media sosial, Rifdi Amri meraih perhatian ramai selepas dia menyampaikan penghargaan terhadap isteri, Raina.
Menerusi perkongsian itu, Rifdi berkara dia bersyukur dipertemukan dengan Raina dan wanita tersebut berada di sisinya ketika berat badannya hampir mencecah 200 kilogram.
Dia terima aku disaat berat aku hampir mencecah 200kg saat aku berada pada titik terendah dalam hidup aku tapi dia always ada dengan aku bagi semangat and now I’m giving her the best version of myself.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Rifdi turut memberi semangat kepada orang ramai di luar sana untuk tidak berputus asa dalam perjalanan menurunkan berat badan.
Rifdi juga memberikan nasihat dan mengingatkan orang ramai bahawa obesiti dan berat badan berlebihan itu tidak ‘awesome’ selain turut mendoakan mereka yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan.
Obese dan gemuk ni tak awesome. Pelan pelan kayuh enjoy the journey jangan target nak kurus tapi letak target nak hidup sihat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.