“Dia Tenung Saya Lama..” – Wanita Kongsi Pengalaman Seram ‘Check In’ Hotel Di Jepun, Temui Lelaki Sembunyi Di Bawah Katil Hotel

Travel

“Dia Tenung Saya Lama..” – Wanita Kongsi Pengalaman Seram ‘Check In’ Hotel Di Jepun, Temui Lelaki Sembunyi Di Bawah Katil Hotel

Seorang pelancong dari Ukraine, Natalie, berkongsi pengalaman menakutkan ketika bercuti di Tokyo, Jepun, apabila mendapati seorang lelaki asing bersembunyi di bawah katil bilik hotelnya tanpa disedari.

Menurut Oriental Daily, pada malam kedua menginap di sebuah hotel terkenal di Tokyo, Natalie terhidu bau pelik dan akhirnya mendapati seorang lelaki Asia sedang bersembunyi di bawah katil biliknya.

Advertisement

Ketakutan, Natalie menjerit, menyebabkan lelaki tersebut merangkak keluar dan merenungnya selama beberapa saat sebelum melarikan diri. Natalie segera mendapatkan bantuan kakitangan hotel, dan pihak polis dipanggil ke lokasi.

Pemeriksaan menemui sebuah power bank dan kabel di bawah katil, dan pihak berkuasa mengesyaki lelaki itu mungkin telah lama bersembunyi di situ. Namun, identiti suspek tidak dapat dikenal pasti.

wanita jumpa lelaki di bawah katil ketika menginap di hotel jepun

Natalie yang kecewa dengan respons hotel dan kegagalan polis mengenal pasti penceroboh, menuntut bayaran semula penginapan dan berpindah ke hotel lain keesokan harinya.

Walaupun bayaran dikembalikan sepenuhnya, beliau tidak berpuas hati dengan cara hotel menangani insiden tersebut.

wanita dakwa jumpa lelaki di bawah katil ketika menginap di hotel jepun

Sebagai tindakan lanjut, Natalie memfailkan tuntutan pampasan mental sebanyak US$1,600 (sekitar RM7,000), namun ia ditolak pihak hotel.

Beliau mendedahkan kejadian itu kepada umum dengan harapan agar hotel mengambil langkah serius dan untuk memberi peringatan kepada pelancong lain supaya sentiasa berwaspada ketika menginap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tinggal di uk
1 day ago

Individu Akui 'Culture Shock' Bila Tinggal Di UK, Ini Sebabnya - "Baru Beberapa Hari Kerja Dah Boleh Beli.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...