Sejak semalam, kecoh tentang kelibat penyanyi popular 80-an, ND Lala sedang beraya bersama keluarga pelakon veteran, Kazar Saisi.
Seperti yang ramai tahu, Syada Amzah sebelum ini mendedahkan bahawa bapanya itu menghilang dan tiada ahli keluarga yang dapat menghubunginya.
Dalam pada itu, Syada turut berkongsi keadaannya dan ibu ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini tanpa kehadiran ND Lala bersama keluarganya.
Menerusi Instagram story, adik Shila Amzah itu berkata dia terasa lain pada hari Raya tahun ini apatah lagi melihat yang lain lengkap bersama anak, bapa, ibu, pasangan dan keluarga masing-masing.
Lebih membuat dia rasa sebak apabila melihat ibunya, Fauziah Sarman hanya memerhatikan orang lain beraya bersama keluarga masing-masing selain turut tidak boleh mendengar lagu raya sedih.
Dia (ibu) layan je I beraya, ikut je apa I nak makan. Tapi I kesian tengok dia sebab mesti sambil beraya tu dia tengok je orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. Patah hati saya (tengok).”
Syada turut berkongsi video pendek yang disunting olehnya ketika Raya pertama di mana dia memakai baju merah jambu sedondon dengan Fauziah.
Menerusi video itu, mereka berdua dilihat bersalaman Raya di dalam kereta dan Fauziah kemudian tidak dapat menahan air mata dan menangis sebelum dipeluk oleh Syada.