Pelakon versatil, Amyza Aznan tampil berkongsi mengenai keadaan anak lelakinya yang baru sahaja disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3.
Berita duka itu dikongsi aktres itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya semalam.
Difahamkan, anak Amyza, Andre Mikhail, 19, sedang menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.
Sekarang ini anak saya didiagnos kanser paru-paru tahap tiga. Air dalam paru-paru dah masuk jantung. Paru-paru sebelah kanan sudah tidak berfungsi.
Dalam pada itu, Amyza berkata Andre tetap kelihatan tenang di saat diuji dengan keadaan kesihatan seperti itu.
Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang, mata yang tenang. Semua jururawat juga cakap dia sangat kuat.
Sebelum ini, doktor mengesahkan Andre mempunyai ketumbuhan di bahagian paru-parunya.
Amyza juga memohon doa orang ramai agar anaknya kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.