“Dia Tegur Kawan Sebar Video Lucah..” – Hancur Hati Ibu, Anak Ditendang Curi-Curi Di Bahagian Kepala Hingga Lumpuh

Kehidupan

“Dia Tegur Kawan Sebar Video Lucah..” – Hancur Hati Ibu, Anak Ditendang Curi-Curi Di Bahagian Kepala Hingga Lumpuh

Ibu mana yang tidak hancur hatinya apabila mendapat panggilan kecemasan bahawa anak dikejarkan ke hospital akibat ditendang di bahagian kepala oleh rakan sekelas di asrama.

Susulan ditendang di bahagian kepala, anak lelakinya menjadi mangsa lumpuh dan seluruh badan tidak dapat menggerakkan badan.

Advertisement

Luahan hati si ibu dikongsikan di Facebook dan punca anak ditendang kerana dia menegur tindakan rakan sekelas menyebarkan video lucah dalam Group WhatsApp sekolah.

Akibat menegur perbuatan jijik itu, rakan sekelasnya berasa tidak berpuas hati dan menendang secara curi dengan sekuat hati di bahagian kepala.

Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama.

Perkembangan terkini, wanita terbabit memberitahu anaknya sudah pun boleh menggerakkan tangan serta kaki, namun masih perlu melakukan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengesan kecederaan dalaman.

Dalam pada masa yang sama, ibu kepada remaja tersebut turut meminta orang ramai mendoakan agar anaknya segera sembuh dan dirinya sudah pun membuat laporan polis untuk mengambil tindakan kepada rakan sekelas yang menendang itu.

uqasha didakwa buli
1 year ago

"Why Now? Ada Masalah Hati Ko Ni" - Dakwa Diri Dibuli Pelakon, Netizen Persoal Motif 'Mangsa' Ungkit Kisah Lama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...