“Dia ‘Tapau’ Semua..” – Dr Zulkifli Al-Bakri Titip Pesanan ‘Khas’ Buat Syamsul Yusof, Keluarga Dan Netizen

Kehidupan

“Dia ‘Tapau’ Semua..” – Dr Zulkifli Al-Bakri Titip Pesanan ‘Khas’ Buat Syamsul Yusof, Keluarga Dan Netizen

Masih terasa kehangatan mengenai berita perkahwinan kali kedua antara Syamsul Yusof bersama isteri, Ira Kazar dan juga kemelut yang tidak berkesudahan antara pengarah terkenal itu dengan Puteri Sarah Liyana.

Bukan sahaja netizen dan rakan artis tampil memberi respon mengenai isu tersebut, malah tokoh agama seperti Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga berasa terpanggil untuk menitipkan pesanan buat Syamsul Yusof dan keluarga khususnya.

Advertisement

Malah, beliau turut menasihati netizen agar mendoakan kebaikan kepada individu yang dilanda konflik dan bukannya bertindak seolah-olah menjatuhkan dan menghancurkan rumah tangga yang dibina.

Memetik tulisan penuh hikmah yang ditinggalkan beliau di blognya, Dr Zulkifli menyampaikan 12 pesanan dan nasihat berkaitan konflik yang melanda pengarah itu.

Antaranya, beliau mengucapkan syabas kepada Syamsul kerana telah meletakkan noktah bagi kemelut yang dialami dengan mengisytiharkan perkahwinan itu kepada umum agar tiada lagi fitnah terjadi.

Ketiga, syabas kepada Datuk Yusof Haslam kerana sikap  yang ditunjukkannya jelas amat matang.  Sifat kebapaan yang dizahirkan, mengingatkan saya kepada kisah Nabi Nuh AS yang tegas dengan prinsip mendoakan yang terbaik untuk anaknya.

Seterusnya, ahli keluarga dan setiap orang yang terlibat dinasihatkan untuk beriman dengan qadha’ dan qadar yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, bukannya bertindak melulu  mengikut emosi dan perasaan.

Dr Zulkifli juga meminta Syamsul untuk mengutamakan tiga benda dalam rumah tangga iaitu:

1. Keadilan yang sama ada dari segi nafkah zahir dan batin, termasuk perasaan kasih sayang.

2. Pergaulan yang baik bersama isteri-isteri.

3. Menzahirkan rasa kasih sayang kepada kaum keluarga dan anak-anak.

Selain itu, beliau meminta Syamsul untuk selain menjadi suami dan bapa yang terbaik untuk anak-anak, dia juga seharusnya memohon ampun kepada kedua ibu bapa memandangkan kedua-duanya masih hidup.

Anda boleh baca nasihat dan teguran Dr Zulkfli di SINI.

B40
2 years ago

#KolumnisNara - "Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40", Realiti Kasta Gaji Rakyat Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...