Perkongsian seorang wanita tentang bapa mentuanya yang disifatkan pelik telah mencuri perhatian ramai malah rata-ratanya mengaitkan kisah itu dengan filem dari Indonesia yang kini tular, Norma.
Cerita itu telah dikongsikan menerusi podcast dikendalikan dua hos dan kata wanita tersebut sejak tahun pertama berkahwin bapa mentuanya sering bertanya jika anak lelakinya memberikan nafkah batin secukupnya.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mendedahkan bapa mentuanya pernah bertanya soalan berkaitan hubungan intim suami isteri.
Kalau tak cukup (nafkah batin), apa yang dia (bapa mentua) nak buat.
Bapa mentuanya juga turut memberitahu dia pernah membelikan isteri (ibu mentua) lingerie dan wanita berkenaan pernah cosplay untuknya.
Kami berborak di rumah saya dan bapa mentua bertanya pada suami saya jika kami pernah buat 69 (posisi hubungan intim).
View this post on Instagram
Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mengutarakan pendapat masing-masing di mana sesetengah individu berkata bapa mentuanya tidak patut berbuat sedemikian.
Segelintir individu berpendapat bapa mentuanya itu psiko dan mempunyai kecenderungan gila seks berdasarkan soalan ditanya kepada anak menantunya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.