“Dia Tanya Saya Janda Ke, Single Ke..” – Uqasha Senrose Berang Wanita Cuba Goda Kamal Adli Secara Terbuka

Hiburan

“Dia Tanya Saya Janda Ke, Single Ke..” – Uqasha Senrose Berang Wanita Cuba Goda Kamal Adli Secara Terbuka

Pelakon jelita, Uqasha Senrose baru-baru ini berkongsi mengenai pengalamannya berhadapan dengan wanita yang secara terbuka mencuba untuk menggoda suaminya, pelakon Kamal Adli.

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Uqasha dilihat memaklumkan perkara itu kepada Kamal yang turut berada bersama-samanya.

Advertisement

Encik Kamal Adli, semalam ada orang kata dia nak try awak. Dia tanya saya dah janda ke, single ke..Saya tanyalah ‘kenapa awak nak goda saya ke Kamal Adli?”

Lepas tu, dia kata saya selalu post isteri tersakiti jadi ingat saya janda. Dia nak goda awak, tolong cakap dekat dia ni.

Kamal kemudian dilihat hanya ketawa dan tidak memberi respon mengenai pertanyaan suaminya itu.

Sebelum ini, muncul desas desus mengatakan rumah tangga Kamal dan Uqasha kini sedang dilanda badai.

Namun, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya maya yang diberi nama Hawra Uqaira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dini dikritik buat lawak double meaning
4 hours ago

Didakwa Buat Jenaka Tidak Senonoh, Netizen Tegur Dini Schatzmann -"Buka Mulut Je 'Double Meaning'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...