“Dia Takut Tak Ada Job” – Rupanya Dah 3 Tahun Ridzuan Hashim Sakit Jantung, Minta Keluarga Rahsiakan

Hiburan

“Dia Takut Tak Ada Job” – Rupanya Dah 3 Tahun Ridzuan Hashim Sakit Jantung, Minta Keluarga Rahsiakan

Pemergian Ridzuan Hashim mengejutkan ramai namun bekas isteri, Didie Alias berkata pelakon veteran berusia 62 tahun itu sebenarnya menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu.

Kata Didie, arwah sebelum ini tinggal bersendirian namun selepas berbincang dengan anak-anak, mereka bersetuju untuk menemani ayahnya.

Advertisement

Tambahnya, hanya keluarga sahaja yang tahu memandangkan Ridzuan memilih untuk merahsiakan tentang penyakit dihidapinya kerana bimbang tidak dapat tawaran bekerja.

Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.”

Anak lelakinya, Muhammad Dhanial yang menjaga Ridzuan dan menemaninya selama ini kerana keluarga bimbang jika perkara tidak diingini berlaku apabila dia bersendirian.

Keluarga bagaimanapun bersyukur kerana berkesempatan untuk berkumpul semula dan meraikan Aidilfitri bersama baru-baru ini d kampung mentua Didie.

Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 dan bercerai pada 2002. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

ridzuan hashim
2 years ago

"Nampak Tak Bermaya, Banyak Termenung" - Video Sambut Hari Raya Undang Perhatian, Ridzuan Hashim Pencilkan Diri Tepi Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...