Semalam, kecoh mengenai isu selebriti Muntazar Ghufran bersama bekas tunangnya iaitu Saidah selepas wanita itu dakwa aktor tersebut hanya mempunyai wang RM500 di dalam bank akaun.
Muntazar dedah ‘sisi gelap’ Saidah
Susulan dituduh bertubi-tubi, Muntazar tidak mendiamkan diri dan tampil mendedahkan ‘sisi gelap’ wanita tersebut yang selama ini hanya disimpan kerana memikir tidak mahu bergaduh.
Dia cakap saya penyakit bipolar lah, mental dan sebagainya. Kita selesai cara baik. Kita pun minta maaf cara baik. Tapi bila awak kacau saya, saya tak teragak-agak nak ada disini untuk dia interview saya.
Melalui sesi temubual bersama pihak mStar, aktor tersebut mendedahkan jika benar dia tidak mempunyai duit seperti didakwa oleh bekas tunang, kenapa dirinya mampu memberikan pelbagai barangan yang mahal untuk wanita itu.
Dia taknak cincin satu, dia nak dua. Merisik dan tunang. Merisik dia nak cincin Habib yang ada nama saya bernilai RM1700dan cincin tunang berharga RM790 lebih. Adakah itu tak ada duit?
Kena pukul, kena maki, kena tampar banyak kali
Dalam pada masa yang sama, aktor itu turut mendedahkan dirinya dimaki serta dipukul oleh Saidah sewaktu melawatnya di hospital.
Saya datang dengan keadaan baik. Saya balik dengan keadaan kasar. Dia maki saya, dia pukul saya, dia tampar sampai spec mata saya melambung. Awak cakar saya Saidah.
Susulan itu, Muntazar sempat persoalkan di mana sifat menanusiaan bekas tunangnya kerana sanggup melakukan perkara sedemikian serta menegaskan dia tidak membuka aib tetapi pertahankan diri selepas Saidah membuka aibnya kepada umum.