Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman baru-baru ini ada membuat ‘house tour’ kediamannya di media sosial TikTok dan Instagram.
Teruja dengan perkongsian Azhar, ramai netizen dan peminat pelakon kacak itu memuji keluasan dan kawasan rumahnya yang begitu besar dan bersaiz mega.
Dalam hantaran tersebut, Azhar juga mengambil peluang untuk memasukkan unsur mistik dalam ‘house tour’ kali ini.
Seperti satu video ini, Azhar sempat bercerita mengenai kewujudan satu batu misteri yang gagal dibuang dan dipecahkan ketika awal pembinaan rumahnya suatu ketika dahulu.
Macam stor, tapi tinggi. Macam tempat pemujaan. Di bawah ini adalah batu granit yang tak boleh dipecahkan. Ini adalah satu misteri. Bukan setakat tak boleh dipecahkan, malah ia terkeluar sampai dinding luar rumah.
Menurut pelakon ini, ketika awal pembinaan rumah tersebut, pihak terlibat ada mencuba untuk memecahkan batu tersebut namun gagal.
Selalunya kalau dalam proses rock hacking, mesin kalau hentak je batu, akan berderai. Tapi yang ni dia tak nak pecah. Dia pecah kecil-kecil sahaja.
Batu ini sebahagian daripada tempat orang asli sembahyang dulu. Masa site visit memang jumpa tempat ni. Tapi tak sangak ia sebahagian daripada laluan masuk rumah saya sekarang.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa seram melihatkan keadaan dan keberadaan batu misteri itu di dalam rumah Azhar Sulaiman.
Malah, ada yang meminta bapa kepada pensohor media sosial Kasih Iris Leona ini untuk lebih kerap membuat ‘content’ seperti ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.