“Dia Tak Terfikir Nak Ganggu Tapi Dah Terlanjur Cinta” – Ira Pernah Suruh Syamsul Kembali Kepada Isteri

Trending

“Dia Tak Terfikir Nak Ganggu Tapi Dah Terlanjur Cinta” – Ira Pernah Suruh Syamsul Kembali Kepada Isteri

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof membuat satu pengakuan mengemparkan bahawa dirinya sudah pun berkahwin dengan ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.

Pengakuan tersebut sememangnya mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen, malah selebriti juga dan kenalan Ira iaitu penerbit, Datin Ayu Puteh turut memberikan responnya.

Advertisement

Menurut Ayu, anak kepada pelakon veteran, Kazar itu pernah mengaku kepadanya menyuruh Syamsul pulang ke pangkuan keluarga semula dan rela melepaskan hubungan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Normashayu Puteh (@ayuputeh)

Malah, Ayu turut berkata gadis berumur 25 tahun itu sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menghancurkan rumah tangga orang lain, tetapi sudah terlanjur mencintai pengarah berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, Ayu mengakui sudah mengetahui hubungan cinta diantara Syamsul dan Ira sejak gosip mereka menular dan ada menasihati gadis tersebut untuk berhenti dari meneruskan hubungan terbabit.

Tapi kena ingat, bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi.. Kalau sudah jodoh, elak macam mana pun, itu takdir dia.

Bagaimanapun, menurut penerbit Pencil Pictures And Pictures itu, dia tidak berniat memihak kepada Ira tetapi perkara sudah jadi dan aib sudah pun terbuka, jadi dirinya percaya tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Sekadar info, Syamsul Yusof mengakui mengahwini Ira Kazar di negara Thailand dengan diwalikan oleh bapa gadis itu sendiri iaitu Kazar dan pengakuan tersebut dikongsi secara terbuka di laman Instagramnya.

2 years ago

"Ye, Saya Dah Berkahwin" - Adik Ayda Jebat Akhirnya Mengaku Dah Bernikah Dengan Zainal Abidin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...