Peguam yang mewakili ‘Abang Bas’ iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mendedahkan bahawa pemuda itu tidak tahu menahu tentang maksud di sebalik perkataan ‘crush’.
Katanya, lelaki itu ternampak perkataan tersebut tular di media sosial dan meletakkannya di ruangan kapsyen TikTok miliknya.
Menerusi satu siaran langsung di TikTok, dia berkata ‘Abang Bas’ merupakan seorang budak baik dan menulis perkataan tersebut tanpa mengetahui maksud sebenarnya.
Dia memang budak baik. Dia kata dia tiru je (perkataan) ‘crush’ tu, tak tahu apa makna perkataan tu.
@ayuuariffin84 Abang Bus tak tahu apa itu “crush” – Dato Zaharil #fyp #abgbus #datozaharil #kesjenayah #lawyer #viraltiktok ♬ original sound – Ayuu84
Terdahulu, pemuda tersebut dibebaskan selepas membayar ikat jamin keseluruhan RM40,000 dan peguamnya ini turut memaklumkan bahawa keluarga ‘Abang Bas’ akan mengambil tindakan terhadap netizen dan selebriti.