Baru-baru ini, melalui platform TikTok, tular video memaparkan usahawan serta personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli ‘mengata’ tentang bekas adik iparnya iaitu personaliti media sosial, Ayunie.
Iqbal buka pekung Ayunie?
Sedia maklum, sebelum ini persengketaan antara mereka berdua menjadi bual bicara ramai susulan berbalas status melalui platform media sosial.
Biarpun sudah lama tidak isu antara mereka berdua, Iqbal dilihat dalam satu live TikTok membuka pekung Ayunie yang ramai tidak tahu.
Dakwa usahawan itu, wanita tersebut biarpun kelihatan cantik tetapi dia sama sekali tidak menjaga kebersihan diri.
Dia tak suka mandi. Ketika dia berbau ya Allah.. rambut dia berbau. Tapi dalam IG nampak cantiklah, tak nampaklah busuk tu.
‘Alang-alang kena saman, duit beribu habis..’
Iqbal turut berkata alang-alang dia disaman oleh Ayunie dan tidak tahu sama ada menang ataupun kalah, ini peluangnya untuk ‘membalas’ semula kepada wanita tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kata-kata Iqbal dan menyifatkan lelaki lebih ‘bahaya’ jika mengumpat orang lain.