Sedia maklum, ketika ini isu yang terkait dengan penyampai radio, Halim Othman ‘panas’ diperkata orang ramai selepas anak perempuanya, Myra Natasha mengakui dirinya berstatus ‘anak tak sah taraf’.
Tak mahu ulas isu ‘anak tak sah taraf’
Ketika isu ‘panas’ ini menjadi perhatian ramai, penyampai radio tersebut kelihatan lebih selesa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan anaknya itu.
View this post on Instagram
Kata Halim pada pihak media, dia sudah lama tidak berjumpa dengan Myra dan mendakwa bekas peserta Dewi Remaja itu dalam keadaan tidak sihat.
‘Myra tak sihat’
“Basically I don’t have any further comments. Dia tak sihat. Saya hanya mahu dia jumpa saya atau ibunya. Saya tidak pernah berjumpa dia setahun lebih.”
Dalam pada masa yang sama, Halim harap isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi kerana ia melibatkan banyak pihak serta meminta semua untuk ‘move on’ daripada isu ‘anak tak sah taraf’ ini.