Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nur Fahana yang memaparkan pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Eina Azman dilihat tidak kekok melayani kanak-kanak dikenali sebagai Alya Maisara yang menghidap penyakit kulit serius atau ‘Ichthyosis’.
Malah, pelakon berusia 27 tahun itu turut memberi bantuan dengan menaja kos pemeriksaan penyakit kanak-kanak tersebut bersama pakar kulit di sebuah klinik swasta.
Bukan itu sahaja, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman turut membawa kanak-kanak itu bersiar-siar di sebuah pusat membeli belah.
Menerusi ruangan kapsyen, pemilik video yang juga merupakan ibu kepada Alya memuji sikap rendah diri yang dimiliki Eina.
Insan yang sangat merendah diri. Membantu tanpa balasan. Melayan tanpa status.
Dalam pada itu, Fahana turut menitip ucapan terima kasih kepada Eina dan keluarga atas segala layanan baik yang diberi kepada Alya.
@nurfahanamie88 Takkan siakan Dia ?? karena kesempatan takkan dtg kedua kalinya ? hargai selagi semua masih Ada didepan mata ?#Alyamaisara #pesakitIchthyosis #Dalamrawatanpakar #tajaan #einaazman #fypdongggggggg #fyp?
Meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji pelakon itu kerana tidak menunjuk-nunjuk melakukan kebaikan di media sosial.
Malah, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan Alya agar kembali pulih seperti kanak-kanak lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.