The RocketPocketMen Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Azizulhasni Awang sedang menjadi bualan ramai hingga sekarang susulan kejayaan beliau memenangi pingat gangsa dalam sukan lumba basikal kategori Keirin di Olimpik Rio, Brazil.
Lebih mengharukan ia adalah pingat pertama yang dimenangi oleh sukan berbasikal negara sejak sukan olimpik mula dianjurkan sehingga kini, jadi tidak hairanlah nama beliau kini menjadi sebut.
Disebalik kejayaan yang cukup manis diperoleh, tentu ada pengorbanan yang perlu dilakukan dan pengalamannya yang tersendiri yang tidak dapat dilupakan.
Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Tuan Syahril A. Kadir telah berkongsi dengan memuatnaik satu artikel yang mengimbau kembali kehebatan anak Malaysia ini yang cukup membuatkan ramai rasa terharu.
OKLAH on a more serious note, mengapa aku sangat sentimental dengan Azizulhasni Awang. Pada yang lupa atau belum tahu, dia pernah mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester lima tahun lepas.
Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya sampai habis koyak rabak seluarnya hingga menampakkan punggung.
Namun dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan. Semuanya dia lakukan bukan saja untuk dirinya, tetapi demi menjulang nama Malaysia yang tercinta ini!
Walaupun dalam kesakitan yang amat sangat, cita-cita pemuda bertubuh kecil ini tidak pernah padam biarpun terpaksa berhadapan dengan pencabar yang lebih tinggi, lebih gagah bentuk fizikalnya semata-mata untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar dengan megahnya!
Azizulhasni juga pernah mengejutkan dunia apabila memakai sarung tangan GAZA sebagai menunjukkan sokongannya terhadap rakyat Palestin waktu Sukan Komanwel di Glasgow dua tahun lepas hingga mendapat amaran keras daripada badan sukan dunia itu, namun dia tidak peduli dan tak gentar langsung dengan amaran itu.
Jadi bila permohonannya mendapatkan HANYA sebuah basikal tidak diendahkan, aku rasa ia LEBIH TAJAM DAN MENYAKITKAN daripada tertusuk kayu itu sendiri. Kalau kita boleh merasai ‘kesakitan’ itu, bayangkan dia si empunya badan.
Apa salahnya dia meluahkan ‘sedikit’ kesakitannya…selama ini dia bermatian-matian demi negara ada pernah dia luahkan dan ada kita pernah endah? Ini bukan soal nak hentam kerajaan atau memanda menterinya, ini soal hati dan perasaan seseorang yang rasanya dipinggirkan…itu saja, kenapa perlu melantun tak tentu pasal?
Selama ini Azizulhasni tak pernah mengeluh atau komplen apa-apa pun, dia hanya pendamkan apa yang dia rasa, jadi takkan dengan hanya sedikit luahan kita dah nak cop dia sebagai besar kepala etc…siap nak bandingkan pingat gangsa dia dengan pingat perak orang lain, ni apa crita???
Apapun aku tetap puji MB Terengganu kerana berjanji untuk menyiasat perkara itu walaupun sebenarnya ‘nasi dah jadi bubur’. Namun oklah bubur daripada ia bertukar basi.
Aku tutup cerita Azizulhasni dengan ucapan – kau tetap wira walau apa saja kutukan dan sindiran yang kau terima kerana isu ini.
Salute buat Jijoe, my ROCKETPOCKET MAN!