“Dia Tak Puas Hati Saya Jumpa Orang Baru” – Masih Diganggu Lepas Cerai, Lelaki Kongsi Kisah Bekas Isteri ‘Kaki Pukul’

Kehidupan

“Dia Tak Puas Hati Saya Jumpa Orang Baru” – Masih Diganggu Lepas Cerai, Lelaki Kongsi Kisah Bekas Isteri ‘Kaki Pukul’

Selalunya cerita mengenai keganasan rumah tangga dilakukan oleh lelaki dan wanita pula menjadi mangsa, tetapi kali ini, melalui luahan hati seorang individu di radio Suria FM telah membuat ramai pihak berasa terkejut.

Lelaki jadi mangsa ‘kaki pukul’, bekas isteri panas baran

Dalam video yang dimuat naik, lelaki terbabit menceritakan bahawa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama 10 tahun.

Advertisement

Katanya, wanita yang pernah dicintai itu mempunyai sikap panas baran tidak bertempat biarpun masalah yang berlaku hanyalah kecil.

Kadang-kadang makanan terlewat sampai, kadang-kadang pergi meeting lewat balik rumah pun kena pukul lagi.

Bertahan 10 tahun demi anak

Lelaki terbabit mampu bertahan selama 10 tahun dalam rumah tangga toksik itu hanya kerana memikirkan anak tetapi sampai satu tahap dia sudah tidak mampu bertahan lagi.

Biarpun sudah memberitahu bahawa perangai wanita itu membuatkan dia ‘penat’, bekas isteri sama sekali tidak kisah dan berkata dia masih mempunyai orang lain yang boleh dampinginya.

Dah bercerai masih diganggu

Ingatkan apabila sudah bercerai, individu terbabit bebas daripada menjadi ‘kaki pukul’ tetapi bekas isteri masih mencarinya seakan-akan tidak berpuas hati lelaki terbabit sudah berjumpa dengan wanita baru.

Lepas daripada bercerai pun dia masih tracking saya, cari tepi jalan, gaduh tepi jalan.

anak artis
5 months ago

"Peminat Tengok Dia Lembut, Baik, Tapi Kat Rumah Kaki Pukul" - Anak Personaliti TV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...