Baru-baru ini, penyampai radio Fizi Ali dan bekas suami kepada pelakon Shakilla Khoriri telah meluahkan rasa bersyukur dan gembira setelah dapat meluangkan masa dengan anak perempuannya, Ameena.
Perasaan tak dapat digambarkan
Menurut Fizi, setelah mendapat kebenaran untuk menjaga anaknya selama empat hari bermula 1 Mac lalu, dia tidak dapat mengambarkan rasa gembira apabila bertemu dengan anaknya setelah berbulan tidak berjumpa.
Meskipun sibuk dengan persediaan AJL, penyampai radio ini tetap mencuba meluangkan masa sebaik boleh dengan Ameena.
Saya dah lama tak jumpa anak saya. Tapi, memang satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila saya ambil dia dekat sekolah dia nampak saya terus menjerit gembira.
Walaupun sibuk dengan AJL saya kena teruskan tuntutan kerja. Kalau ikut plan memang nak luangkan masa bersama.
Tapi sebelum kerja saya sempat bawa dia jalan-jalan kejap bawa dia ke rumah mak ayah saya.
View this post on Instagram
Ameena tak tanya kenapa
Pada masa yang sama, bekas suami kepada Shakilla ini turut berkongsi tentang anaknya yang seolah-olah faham dengan situasi ibu bapanya setelah bercerai. Katanya, Ameena tidak langsung bertanya mengapa sudah lama tidak bertemu dengannya.
Namun begitu, Fizi berkata Ameena enggan balik dan ingin meluangkan masa lebih lama dengan ayahnya itu namun Fizi terpaksa menerangkan tentang perjanjian yang harus dipatuhi.
Dia tak pernah tanya kenapa lama tak jumpa dia. Saya pun tak pernah tanya kepada dia sebab dia fikir benda yang dah lepas. Yang penting, bila waktu bersama dia gembira.
Dia ada tanya bila nak jumpa dan taknak balik selepas berjumpa saya. Tapi saya dah explain apa yang telah dimetrai dalam perjanjian tu, so kita tak boleh nak langgar.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Shakilla memutuskan untuk memberi kebenaran kepada Fizi untuk menjaga Ameena selama empat hari dan keputusan tersebut telah dipersetujui oleh kedua belah pihak ketika mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam padap 22 Februari lalu.