Pengarah terkenal, Syamsul Yusof dilaporkan enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Tampil memberi kenyataan, Puteri Sarah akui terkejut dengan keputusan Syamsul yang enggan melafazkan talak seperti yang sepatutnya dijangka berlaku pada hari ini.
Menurut Sarah, dia juga hairan apabila Syamsul mengatakan masih ada jalan untuk berdamai dan sinar untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Dia tak nak lepaskan saya, sebab dia rasa masih ada sinar. Sinar apa? Sinar Harian?
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memaklumkan dia sudah hampir setahun tidak bersemuka dengan suaminya.
Saya dah setahun tak jumpa dia, ni kali pertama saya jumpa. Apa yang ada sinar lagi? Just let me go!
@xtra_my Sinar apa? Sinar harian? – Puteri Sarah #fyp #xtramy #puterisarahliyana #syamsulyusof #cerai #mahkamah #beritaditiktok #sembangentertainment
Dalam pada itu, Sarah memaklumkan dia sudah malas untuk memanjangkan lagi kemelut rumah tangga yang dialami dan merayu kepada pengarah filem Mat Kilau itu untuk melepaskannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.