Shahidan Izwan, rakan baik kepada pelakon Aliff Aziz memaklumkan keadaan terkini pelakon itu berada dalam keadaan baik meskipun dikecam hebat oleh pihak luar setelah dirinya terbabit dengan kes penangkapan khalwat bersama aktres Ruhainies, baru-baru ini.
Mohon doa orang ramai
Kongsi Shahidan, Aliff memohon orang ramai untuk diberikan kekuatan dalam menjalani ujian yang dihadapinya kini.
Saya tidak pasti dengan keadaannya sebab kami pun sudah lama tak berjumpa dan setakat ini, kami ada berhubung menerusi telefon. Dia baik-baik saja, tetapi dia tak berkongsi apa-apa, cuma minta doa agar dia kuat.
Apa pun bagi saya kita doakan sahajalah, moga perkara ini dapat diselesaikan dengan lancar. Saya pun risau. Buat masa sekarang alhamdulillah dia semakin baik.
Shahidan walaubagaimanapun enggan memberikan sebarang komen tentang kebenaran hal khalwat yang berlaku antara Aliff dengan Ruhainies itu.
Saya sedia maklum akan hal yang berlaku dan agak terkejut jugalah, namun namun, saya pun tiada di tempat kejadian, jadi tak berani cakap apa-apa kerana takut boleh jatuh fitnah.
Aliff Aziz gemar berdakwah
Mengenalinya agak rapat, Shahidan berkata sepanjang perkenalannya dengan aktor itu, Aliff merupakan seorang yang suka menegur kesalahan orang lain selain gemar berdakwah.
Alhamdulillah dengan saya, dia seorang yang baik, selalu menegur kalau saya buat silap. Malah dia pun tak lekang dengan berdakwah sebenarnya.
Dia pun tak terlalu bergaul dengan ramai orang, misalnya kalau nak keluar beli keperluan penggambaran atau nak ‘man talk’ pun dengan saya. Itu sajalah.
Terdahulu, Aliff Aziz dan Ruhainies dilaporkan telah ditahan pihak JAWI atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di ibu kota.
Kedua-duanya dilaporkan bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.