“Dia Tak Beritahu Pun..” – Ibu Dedah Tak Tahu Michelle Yeoh Nak Kahwin

Hiburan

“Dia Tak Beritahu Pun..” – Ibu Dedah Tak Tahu Michelle Yeoh Nak Kahwin

Ibu kepada bintang Hollywood kelahiran Malaysia Michelle Yeoh, Datin Janet Yeoh mendedahkan bahawa dia tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan anaknya itu sebelum ini dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt.

Memetik The Stari, Janet memaklumkan bahawa Michelle tidak membuka mulut mengenai sebarang perancangan perkahwinan bersama Jean ketika dia dihubungi menerusi panggilan telefon sekitar dua minggu lalu.

Advertisement

Anak saya memang akan sentiasa menghubungi saya tapi dia tak beritahu pun mengenai perkahwinan ketika kami bercakap dalam telefon dua minggu lalu. Mungkin dia sengaja nak berikat kejutan kepada saya.

Namun begitu, Janet melihatnya dari sudut positif dan menganggap Michelle ingin memberi kejutan dengan tidak mendedahkan mengenai rancangan perkahwinannya itu.

Janet juga berharap agar pemenang Anugerah berprestij Oscar ke -95 pada Mac lalu itu akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka di Malaysia.

Dia dalam pada itu meluahkan rasa gembira dengan perkahwinan tersebut apatah lagi kerapa meminta mereka bergelar suami isteri sebelum ini.

Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta mengatakan seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle.

Terdahulu, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada Jean Todt pada 27 Julai yang lalu setelah berbelas tahun mengikat tali pertunangan. Majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu berlokasi di Geneva, Switzerland dan dihadiri rakan dan ahli keluarga terdekat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yeoh
9 months ago

(TAHNIAH) 19 Tahun Bertunang, Akhirnya Michelle Yeoh Selamat Berkahwin Dengan Jean Todt

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...